PELUANG WAKAF TIDAK DATANG KEPADA SEMUA ORANG, BERUNTUNGLAH MEREKA YANG REBUT PELUANG NI WALAU SEKALI SEUMUR HIDUP

SUMBANGAN ANDA BUKAN SEKADAR KENDERAAN TETAPI DOA IKHLAS DARI KELUARGA MANGSA KEADAAN

Sebuah tragedi tak terduga berlaku apabila seorang atuk bernama Pak Harun secara mengejut memaklumkan yang isterinya Mak Minah telah meninggal dunia.

Pak Harun, yang sudah berumur dan tinggal seorang diri, terasa dunianya gelap. Kehilangan isteri tercinta sudah cukup perit, ditambah pula dengan kebimbangan tentang cara menguruskan jenazah isterinya dengan baik, memandangkan dia sendiri tak berapa nak ada duit dan tiada sanak saudara yang terdekat yang boleh tolong,

Pada hari isterinya pergi buat selama-lamanya, Pak Harun rasa sangat keliru, tak tahu nak buat apa. Dah hubungi masjid terdekat, tapi masjid ni masa tu masih tiada lagi van jenzah. Masa tu salah sorang ahli qaryah masjid teringat yang sebelum ni pernah save dalam contact Pertubuhan Al Idrees yang sebelum ni pernah buat kempen van jenazah, van yang dimiliki dan pengurusan ni dibiayai oleh sumbangan daripada orang ramai, semuanya secara percuma tanpa minta apa-apa balasan.

Van jenazah tu bukan lagi sekadar sebuah kenderaan bagi Pak Harun,
itu tanda kasih dan persaudaraan dari umat yang dia tak pernah jumpa Sambil air mata mengalir di pipi, Pak Harun rasa sedih tapi lega. Dia berdoa, mengucap syukur atas kebaikan hati para dermawan yang telah memberi sedikit cahaya dalam saat dia paling memerlukan.

Ramai dari kita masa dalam keadaan ni baru sedar betapa pentingnya kita bersama dan saling membantu dalam komuniti Islam, dan macam mana satu derma boleh bermakna lebih dari sekadar wang..

Sumbangan untuk kempen van jenazah ni menunjukkan yang ajaran Islam ini peduli dan bersatu. Ini cara kita, sebagai umat Islam, untuk berdiri sama ada dalam suka atau duka, untuk buktikan dalam setiap kesulitan, ada kemudahan yang Allah bagi melalui tangan kita sendiri.


Setiap kali van jenazah yang Anda bantu sumbangkan melalui Pertubuhan Al Idrees bergerak, membawa jenazah ke tempat rehat buat kali terakhirnya, bayangkan betapa banyak doa yang terucap karena bantuan Anda. Anda tidak hanya membantu dalam pengurusan jenazah, tetapi Anda juga menjadi bahagian dari doa dan harapan keluarga yang berduka akibat kematian. Setiap doa yang terucap, Anda ada di sana, sebagai sebahagian dari kebaikan yang tak terlihat namun terasa.

Anda bayangkan masih ramai menghadapi situasi ini setiap kali kematian menimpa ...

Menjadi Fardhu Kifayah Buat Anda !
Sekiranya Masih Ada Yang Tidak Mampu Menguruskan Jenazah.

Anda merupakan insan pilihan Allah untuk bersama-sama dalam membantu usaha mencukupkan kelengkapan van jenazah di kawaasan pedalaman untuk melengkapkan tuntutan fardhu kifayah ini.

Dana sebanyak RM350,000 diperlukan

Bagi membantu meringankan masalah pengangkutan jenazah bagi asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan.

Dengan sedikit sumbangan daripada anda, insyaAllah dapat membantu mengurangkan beban kos pembayaran van jenazah, RM200 sehingga RM300 untuk setiap jenazah akan dicaj oleh masjid kepada waris mengikut lokasi.

Ada empat kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya, orang Islam yang meninggal dunia, iaitu memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan menguburkannya. Namun, masih ramai lagi keluarga islam diluar sana yang tidak mampu menguruskan dan memudahkan urusan pengebumian jenazah.

Sekiranya tidak dibantu, implikasinya bakal menjadi FITNAH kepada agama, dan lebih buruk lagi sekiranya jasad muslim dibantu oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Justeru, kami di Pertubuhan Al-Idrees membuka peluang kepada semua untuk kita bersama-sama meringankan beban saudara seislam dengan membantu menyegerakan van jenazah ini.

Bantuan ini akan digunakan untuk pengurusan

1. Jenazah muslim yang tak dituntut
2. Jenazah yang tiada waris
3. Ahli keluarga jenazah yang tidak berkemampuan

Di Mana Lokasi Untuk Di Gunakan Van Jenazah Ini ?

Kempen daripada kami Pertubuhan Al Idrees akan memfokuskan untuk membantu masjid-masjid, Hospital & NGO yang menguruskan jenazah untuk mengurus jenazah pada kos yang lebih rendah dimana kos pengangkutan van jenazah adalah dibawah tanggungjawab seliaan pihak kami.
Pihak Pertubuhan Al-Idrees menjalinkan kerjasama dengan 30 buah masjid di sekitar Selangor & Kawasan Pedalaman Sabah dengan kerjasama NGO-NGO di borneo.

Bayangkan, bertahun-tahun dari sekarang, van yang Anda sumbangkan melalui Pertubuhan Al Idrees masih beroperasi, masih membantu keluarga-keluarga dalam keadaan duka. Jariah anda bukanlah tentang nama yang terukir di atas batu, tetapi tentang kisah-kisah kebaikan yang terus hidup, bergerak, dan menyentuh lebih banyak hati serta membantu lebih ramai yang memerlukan.

Apa Kebaikan Bila Kita Wakafkan Van Jenazah ?

Ke Mana Dana Yang Disumbangkan ?

Setiap ringgit daripada dana yang tuan puan sumbangkan kepada kempen van jenazah ini,

Akan digunakan sebaiknya kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja sekadar dengan memberikan bantuan khidmat van jenazah ini sahaja, bahkan juga kami gunakan untuk tujuan kebaikan-kebaikan yang berikut :

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:

“ “Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim (ke kubur), kerana iman dan mengharapkan balasan hanya dari Allah (ikhlas) dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai dikuburkannya, maka dia pulang dengan membawa pahala sebesar dua qirat, setiap qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa mengerjakan solat jenazah dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirat"

-Daripada HR Bukhari No: 45-

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Bagi Membantu Kempen Van Jenazah

5622 6361 0589
Pertubuhan Al Idrees 
(Ref : Van Jenazah)

5622 6361 0589

Pertubuhan Al-Idrees

( Ref : Van Jenazah)

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Infaq Van Jenazah © 2023 All rights reserved.
By Pertubuhan Al Idrees x KAF Digital Media